

|
Laladies! ![]() Assalamualaikum. Welcome to Aina Suraya official blog. Do visit do follow ya pretty? Thanks ♥ Footprints!
| T.T Assalamualaikum, Terima kasih awak, kerana sudi datang dan menolong saya sekeluarga mengemas barang. Walaupun hati ini terasa sangat sedih nak tinggalkan awak di JB tapi saya cuba untuk kuatkan diri dan sentiasa tersenyum bila saya berdepan dengan awak, sebab saya nak jadi kuat walau hakikatnya tidak. Saya ingat awak tak akan datang :') sebab awak kata awak kerja .. Awak nak tahu, waktu saya kemas barang, hati saya betul-betul tak menentu, asyik teringatkan awak, tapi bila awak muncul secara tiba-tiba hati saya terus bertukar ceria, tak kusut dan saya sangat seronok walaupun hari itu hari yang terakhir buat kita ;') Ingat lagi gambar ni ? waktu ni ? Waktu kita duduk didalam rumah dibawah kipas dan persekitaran ruang tamu yang hampir nak kosong, haha .. Saya rindu waktu ni sebab awak bagi sesuatu dekat saya, awak buat macam tu sebab awak rindu saya kan ? haha saya tahu ;p Saya pun rindukan awak juga ;') hemm Awak, walaupun saya jauh dari pandangan mata awak, tapi percayalah saya, yang hati saya, fikiran saya, dan sesibuk mana pun saya disini, saya akan tetap ingat awak sampai hujung nafas saya ;') Ini bukan ayat manis tau, tapi inilah yang saya rasa selama saya disini. Awak, saya bersyukur sangat dapat kenali awak dengan lebih mendalam, walaupun ada yang memandang hina dengan kita, saya tak kisah, mereka tak tahu apa erti disebalik cinta saya dengan awak, yang tidak mementingkan paras dan rupa mahupun harta yang awak ada, biarlah kita besederhana didunia dan kaya diakhirat ;')
Awak, sesungguhnya saya tidak lama hidup didunia ini, saya ingin meminta mohon ampun dan maaf seandainya saya ada tersalah berbicara, tersilap dan terbuat hati awak sakit, maafkan saya, saya tidak sengaja dengan kata-kata yang saya luahkan pada awak, saya manusia biasa, yang banyak buat silap dan salah, saya bukan perfect sangat tapi saya cuba untuk menjadi yang lebih baik dari itu, insyallah ;') dan bilamana saya pergi dulu sebelum awak, saya minta pertolongan dari awak supaya padamkan segala gambar saya dari laman web, sebab saya tak tahu bila saya akan pergi nanti ;')
Awak, Insyallah kalau saya ada rezeki, saya akan cari masa untuk awak, saya nak lepaskan rindu, saya nak awak tahu betapa pentingnya awak dalam hidup saya, saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkan awak ;'/ *Saya tahu saya jiwang, Saya tahu awak pun tahu itu ;'p hee .. |