//super awesome !
Laladies!

Hi! Sila gerakkan arrow anda ke gambar.



Story Me Him They

Assalamualaikum. Welcome to Aina Suraya official blog. Do visit do follow ya pretty? Thanks ♥


Footprints!






5 Bulan :')


Assalamualaikum, hi sayang, cuma nak beritahu yang kita dah 5BULAN bersama, Alhamdulillah. Terima kasih awak untuk sayang, rindu, marah, sabar, pujuk, suka, duka, tawa dan gembira. Walaupun 5bulan cuma masa yang singkat tapi dah terlalu banyak kenangan kita bersama. Saya suka kacau dan curi-curi pandang semasa awak drive, rindu saat bilamana awak terperasan dan saya cepat-cepat tengok kearah lain, haha saya malu, tapi malu malu pun saya selalu buat benda yang sama pada awak :) Saya suka main rambut awak, tanggalkan topi awak seolah-olah saya pun teringin nak memakainya juga, Saya suka tengok cara awak berpakaian, cara cakap dan layanan awak pada saya, terkadang rasa geram dengan perangai awak terkadang juga perangai awak membuatkan saya tergelak dan tersenyum sendiri.

Terlalu banyak kenangan, saya harap awak tak akan lupa saat kita mula kenal dan bersama, yang hanya sekadar gurauan akhirnya menjadi hubungan yang istimewa, yang hanya menegur dengan panggilan budak p1 akhirnya awak memanggil saya dengan penuh kasih sayang baby, sayang, cinta hati, buah hati.
Saya bersyukur kerana dapat merasai apa ertinya rasa cinta, sayang dan rindu bila bersama awak, sebab awak faham situasi saya, awak faham perangai saya, awak tahu bila saya dalam keadaan okay mahu pun tidak, awak tahu memek muka saya berubah kepada ceria terus muram, awak tahu perangai saya bilamana saya dengar lagu dan airmata jatuh, awak tahu semuanya, terima kasih awak, saya hargai apa yang awak dah lakukan kepada saya sejak kita bersama. Tapiiii ....

Tapi saya takut saya tak boleh nak buat macam mana awak buat kepada saya, saya takut buat awak marah, sedih, sakit hati dengan perangai saya, dan awak buat keputusan untuk meninggalkan saya, hemm saya takut, seriussss takut sangat :( Kalau di izinkan ALLAH, saya nak jaga awak sampai akhir nafas saya nikah.kahwin saya nak selami hati awak sedalam dalamnya, saya nak menjadi seorang yang halal kepada awak, saya nak cuba jadi yang terbaik buat awak, saya nak awak yang terakhir dalam hidup saya, saya nak awak :'( hemm .. In syaa allah ..

Saya tahu niat awak baik untuk melamar saya, tapi niat awak terbantut disebabkan rezeki. Awak berusaha untuk mendapatkan duit lebih, awak bekerja keras, awak ambil lebihan masa untuk menambahkan hasil kerja, saya tahu awak penat, awak mengadu awak sakit, saya sedih tengok awak macam ni, banyak kerja sampai tidur pun tak cukup walaupun awak kata awak dah biasa dalam keadaan macam tu, awak buat saya terasa ingin kerja keras macam awak, saya nak simpan duit untuk masa depan nanti, kalau kita ada jodoh, boleh saya hulurkan sedikit untuk awak, Insyallah :)

Ini niat saya, niat ingin menjadi HALAL untuk awak pada suatu hari nanti, Insyallah.. saya serahkan semuanya pada allah.. saya tak nak sia-sia kan waktu kita bersama, saya tak nak mengabaikan awak, saya nak awak jadi MILIK saya sehingga hujung nyawa :') Aminnnn ....

Awak, selama 5bulan kita bersama, saya ingin minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, kalau saya ada tersalah cakap, terKAU AKU dengan cara kasar, sakitkan hati awak, terabaikan awak, saya minta maaf sayang, saya cuba untuk ubah diri saya dengan cara yang sopan dan berharap tidak membuat hati awak terguris lagi, saya minta maaf sekali lagi :')

#TerimaKasihSayangUntukSegalanya , BbyGembiraBilaBersamaBie ;')