

|
Laladies! ![]() Assalamualaikum. Welcome to Aina Suraya official blog. Do visit do follow ya pretty? Thanks ♥ Footprints!
| Semoga CINTA kita sampai ke akhir hayat ;') Aminnn Setiap kali saya RINDU kan awak, Saya selalu tengok gambar awak walau dimanapun saya berada. Setiap kali saya RINDU kan awak, Saya akan cuba cari masa yang sesuai untuk menelefon dan mendengar suara awak. Setiap kali saya RINDU kan awak, Saya akan ingatkan balik kenangan kita bersama. Setiap kali saya RINDU kan awak, Saya akan berdoa kepada ALLAH semoga ALLAH ampunkan dosa saya, kerana saya taknak rindu saya terhadap awak melebihi rindu saya kepada ALLAH. Awak bukan cinta PERTAMA saya, tapi saya berharap awaklah cinta TERAKHIR saya ;') Saya sayangkan awak bukan sebab awak ramai peminat dan handsome, tapi saya sayang awak sebab.... sayang saya datang dengan sendirinya tanpa saya sedar. dan awak tak pernah mengucapkan kata Sudi tak awak menjadi GF saya ? HAHA saya rasa tak perlu, sebab kita kenal pun dengan secara tiba-tiba, Awak kenal saya dan saya tak kenal awak, malah saya rasa kali pertama saya lihat awak adalah saya mengajak awak keluar makan (hanya gurauan dalam chat) tapi gurauan itu bertukar serius bilamana awak terus datang tempat kerja saya dengan tetiba, awak berani dan tak malu. (Cara awak buat saya ingat sampai bila-bila sebab itu juga salah satu dari tarikh kita bersama iaitu 05 APRIL 2013 ) Sayang saya makin bertambah, bila awak pandai jaga saya, pandai jaga hati saya, pandai melayan karenah saya yang seakan kanak-kanak, bersabar dengan perangai saya, dan percayakan saya. Itu sudah membuatkan saya tahu betapa sayangnya awak terhadap saya. Awak ada orang minat, awak tak layan. Saya ada orang minat saya lagilah tak layan. Saya nak jaga hubungan ini tanpa ada orang ketiga, saya tak sanggup nak menghadapi hidup ini dengan adanya mereka, saya tak kuat :'(Harap hubungan kita ini berkekalan, Ya ALLAH.. jauhkanlah hubungan kami dari orang ketiga. Semua orang tahu MOHD FIKIR sayang AINA SURAYA. Semua orang tahu AINA SURAYA sayang MOHD FIKIR. Jadi, orang lain tak akan ganggu hubungan kita kan sayang ? Awak, saya harap kita cuba harmonikan cinta kita. Kita ada niat untuk mendirikan masjid satu hari nanti, harap ALLAH permudahkan urusan kita. ALLAH tahu akan niat kita, moga ALLAH ampunkan segala dosa kita, sekiranya kita pernah membelakangkan laranganNya, Ya ALLAH.. ampunkan dosa yang telah kami lakukan diatas bumi ini Ya ALLAH ;( Jikalau MOHD FIKIR layak untuk menjadi imamku, kau permudahkanlah Ya ALLAH, Jikalau AINA SURAYA layak menjadi makmum kepada MOHD FIKIR, kau permudahkanlah Ya ALLAH. Bukakanlah pintu rahmat dan hidayah yang seluas-luasnya kepada kami berdua Ya ALLAH :'( Restuilah hunbungan kami Ya ALLAH, kami cuba harmonikan cinta kami, agar cinta kami berdua berlandaskan diatas jalan yang diredhai mu Ya ALLAH. bantulah kami ......... Aminn ;') Awak, seandainya awak merindukan saya, awak berdoalah supaya saya merasai kerinduan awak terhadap saya, saya disini sangat rindukan awak disana ;') dan saya berharap saya akan dapat berjumpa awak sekali lagi dan berusaha mencari masa untuk bersama dengan awak sayang ;') |